Posts

Masih Sempatkah Buat Aku?

Assalamualaikum semua ^_^ . Harap semua sihat. Atikah tengah demam teruk tapi masih sempat nak buat entry baru dekat blog. Hehe.     Sejak kebelakangan ini, semakin ramai orang meninggal. Tidak mengira usia. Bila sudah ajal, malaikat maut akan mengambil nyawa kita. Ya! Setiap hari, setiap detik, malaikat maut akan mengintai kita untuk mencabut nyawa kita bila sudah tiba saatnya. Atikah cuma terfikir: Sempatkah Atikah mengucap dua kalimah syahadah saat ajal menjemput?  Sempatkah Atikah menebus dosa-dosa yang lampau? Sempatkah Atikah untuk bahagiakan ibu ayah Atikah?     Kita tidak tahu bagaimana cara kita meninggal. Kita juga tidak akan tahu bila ajal kita tiba. Oleh itu, Atikah risau, masih sempatkah untuk Atikah lakukan semua itu? Oklah. Sampai di sini saja. Wassalam ^_^

Ambil Lesen Motosikal

Assalamualaikum semua ^_^     Sebenarnya, inilah sebabnya kenapa Atikah jarang nak update blog ni. Atikah tengah ambil lesen motor. Mesti dapatkan lesen P dengan cepat. Yalah, tahun depan Atikah tidak duduk dekat asrama sudah. Lepas tu, tiada yang nak hantar Atikah pergi KV. So , Atikah mesti dapatkan lesen motor. Atikah nak juga cerita sepanjang proses Atikah nak ambil lesen motor ni bagi yang sudi nak baca.     Sudah daftar apa semua dan kena call, Atikah pergi taklimat yang berjam-jam lamanya. Lepas tu nak booking untuk ujian berkomputer. Bila masa dah tiba, Atikah hadirkan diri untuk ujian berkomputer. Keputusan? Alhamdulillah lulus biarpun dapat 42/50. Sedikit saja lagi nak gagal. Nasib lulus. KPP01 Atikah dah selesai dan Atikah sudah dapat lesen L. KPP02 dan KPP03 Atikah sambung buat pada bulan 12 sebab bulan 11 Atikah ada  final exam  di KV.     Atikah ada juga bawa motor ke KV disebabkan malas nak balik asrama awal. Entah hari k...

Bila Nikmat Ditarik Balik

Assalamualaikum semua ^_^     Kebelakangan ini Atikah jarang nak buat entry baru kat blog. Sebabnyaaa.... Nanti bila sudah selesai semuanya, baru Atikah beritahu apa sebabnya ^_^ . Jadi minta bersabarlah ya. Atikah taknak cerita panjang, kita kembali kepada tajuk asal blog.     Seperti yang semua sudah sedia maklum, semua orang dianugerahkan nikmat yang tidak terhingga daripada Allah. Sebagai contohnya, kesihatan tubuh badan, harta, pangkat, kecantikan keamanan dan sebagainya. Atikah juga begitu. Nikmat yang tiada nilainya. Tapi apakan daya, nikmat yang Atikah kecapi selama ini, sedikit demi sedikit ditarik balik. Kenapa?     Pertama, Allah menginginkan kita sedar, nikmat yang dianugerahkan itu hanya sementara waktu. Hanya pinjaman semata-mata. Sebabnya, dari mana ia datang, di situ juga ia kembali. Lebih kurang macam kita. Kita diberi peluang untuk hidup di dunia tetapi tidak akan kekal untuk selamanya. Kerana yang hidup pasti akan kembali. Be...

Handphone Sudah Baik

Assalamualaikum semua ^_^     Alhamdulillah, semalam handphone Atikah sudah baik. Nasiblah juga masih boleh baik. Sebenarnya Atikah ada hantar repair minggu lepas   tapi tidak pandai siap-siap. Lama tunggu. Ibu cakap kalau handphone tu tak baik-baik juga, ambil saja balik. Atikah pergilah tempat repair tu, tapi orang tu cakap tidak dapat nak repair.  Oh! Patahnya hati ni.     Atikah ambil balik tu handphone.  Ayah dan ibu cakap, hantar repair tempat lain. Atikah yang dah patah hati ni macam tak mau hantar tempat lain lagi. Haha. Give up sudah. Tapi kena paksa juga. So, Atikah pun hantarlah juga. Jeng jeng jeng! Orang tu cakap, dia boleh repair. Apa lagi, hati yang sedih ni pun jadi berbunga-bunga. Haha. Sekarang  handphone sudah ada di tangan . Haha.     Kesimpulannya di sini (aik, ada kesimpulan juga?), janganlah mudah berputus asa (cewah). Haha. Usaha tu perlu ada. Hehe. Oklah, sampai sini saja. Wassalam ^_^

Bebelan Ibu

Assalamualaikum semua. Untuk   kali ini, tajuk berkaitan dengan diri Atikah. HAHA. Rasanya sebelum ni pun memang berkaitan dengan diri Atikah. Hehe. Semoga sudi membaca. ^_^     Bicara tentang bebelan seorang ibu, Atikah ada seorang ibu yang petah berbicara. Tapi, isi setiap yang dia bicarakan mempunyai segala unsur nasihat. Seorang yang sentiasa tabah, sabar dan memang setiap ibu akan suka membebel. Hehe     Atikah di sini bukan nak kata benci dengan bebelan ibu, tapi Atikah suka nak dengar. Kalau boleh, biarlah ibu membebel sepanjang hari. Pelik kan? Haha. Mungkin korang tak tahu, bebelan ibu itu mempunyai makna yang tersirat. Kenapa dia membebel? Sudah tentu dia ingin melihat anaknya itu menjadi anak yang dia inginkan, dengar kata, jadi baik dan sebagainya.     Anak? Sudah tentu kebanyakannya MENYAMPAH dengan BEBELAN seorang ibu. Tapi Atikah sentiasa menghindar dari sikap tersebut. Kenapa? Sebab suatu hari nanti, ibu kita tidak akan mampu m...

Demam

Assalamualaikum semua ^_^     Nampaknya kali ni Atikah lambat post.  Tak sedar diri ni demam tadi pagi. Atikah ikut jalan ke bandar dengan ibu, adik dan grandpa Atikah. Dalam perjalanan ke bandar, Atikah pening. Urghhh! Rasa nak muntah bukan main. Lepas tu, grandpa Atikah bawa pergi Sea Sport.  Bila nak sampai sana, Atikah muntah dalam kereta. Nasiblah sempat minta plastik awal-awal. Taklah kotor kereta. Sampai saja sana, ibu belanja makan aiskrim. Nasiblah demam ni tak teruk sangat. Sehari boleh baik. Haha.     Demam ni mengingatkan Atikah ketika sakit tahun lepas. Time tu waktu kuliah. Dalam jadual Atikah masa tu adalah waktu bengkel sepanjang hari. Pagi waktu tu, Atikah rasa tak sedap badan. Kalau boleh nak baring saja. Tapi kan waktu tu Atikah tinggal di asrama. Nak tak nak, usaha bangun untuk bersedia pergi kuliah. Sampai saja bengkel masa tu, sakit tu makin kuat. Mengalir air mata tanpa henti. Ya Allah, sakitnya bukan main. Terpaksa minta tol...

Handphone Rosak

Assalamualaikum kepada yang sudi mengunjung blog Atikah ^_^     Post kali ini mengenai telefon bimbit Atikah yang rosak. Wuuu :'( . Sodih den. Handphone Atikah mula rosak pada Jumaat lepas. Betul-betul sampai rumah lepas balik dari asrama. Tau pula dia nak rosak bila. Ish ish ish.     Bila dah rosak tu, tiada lagi nak WHATSAPP, INSTAGRAM, WECHAT dan seumpama dengannya. Huhu. Sedihlah juga. Kalau nak buka wechat pun, pinjam handphone  orang. Nak buka whatsapp?  Memang taklah jawabnya. Sudahlah dorang suka sangat bagi maklumat kat sana. Tak dapat nak upload gambar kat instagram lagi.      Ayah ada cakap, baik beli handphone baru saja berbanding hantar repair.  Huh! Kalaulah Atikah ni ada duit, memang akan belilah. Tapi duit tiada. Macam mana juga. Nasiblah juga Atikah ni ada handphone NOKIA. Dapatlah juga guna untuk keperluan. Hehe. Sampai di sini saja. Nanti Atikah post baru lagi. Wassalam.