Posts

Showing posts from 2013

Azam Baru Tahun 2014

Assalamualaikum semua...     Tahun baru dah nak tiba... Confirm  semua sudah ada azam barukan? Haha... Atikah pun ada azam baru yang sebelum ini tidak pernah Atikah fikir. Nak tahu? Boleh saja dengan meneruskan membaca entry blog Atikah. Haha     Azam baru Atikah tidaklah gempak macam orang lain pun. Macam biasa saja. Sebut pasal azam baru, azam baru ini mesti ditunaikan dengan penuh keyakinan dan kita mampu melakukannya.     Azam baru Atikah untuk tahun 2014 ialah :- Atikah nak dalam exam dapat semua A (In shaa Allah). Atikah nak dapat pointer tertinggi dalam kursus Atikah. Atikah nak menentang orang yang cabar Atikah dari kursus Perbankan dan Kimpalan. Atikah nak jadi pelajar yang pintar (Oh Yeah!).     Haha... Itu saja azam Atikah untuk tahun 2014 ini. Semoga Atikah dapat merealisasikannya. Amin... Wassalam...

Bermain Dengan Kata-kata

Assalamualaikum semua...     Topik kita untuk hari ini ialah bermain dengan kata-kata. Sebut pasal kata-kata, sudah semestinya ada dikalangan kamu yang suka berkata-kata. Tidak kisahlah ayat jiwang, sedih, gembira, hikmah dan sebagainya. Begitu juga Atikah, Atikah paling gemar dalam bermain dengan kata-kata.     Terlalu banyak kata-kata yang Atikah buat. Tapi sayangnya Atikah tidak menyimpannya. Walaupun hanya sekadar kata-kata, tetap juga ada maksud tersendiri sehingga boleh menusuk ke dalam jiwa... Bagi orang yang memahaminya dengan jiwa dan perasaan, sudah tentu akan dapat menjiwai maksud kata-kata tersebut.     Antara kata-kata Atikah yang masih lagi Atikah simpan :- Dunia nie bgiku umpama sebuah jln cerita yg sdh diatur... Dri awal p'mulaan sehinggalah ke titik penamatnya... Mngkn kita x pernah sngka dan x pernah duga... Bgi kita perkara t'sbut adalah mustahil... Tp itulah kenyataannya... Lelaki yang baik TIDAK akan menyentuh perempuan yang bukan mahram s

Personaliti Berubah?

Assalamualaikum semua....     Setiap orang mesti ada personaliti tersendirikan? Tak kiralah ayu, ganas, kasar, peramah, pendiam dan sebagainya... Nak dijadikan cerita, Atikah ini banyak sangat personaliti sampai-sampai Atikah sendiri tidak tahu apa personaliti Atikah yang sebenar...     Hari ini hari Jumaat. Jadi, Atikah memilih antara mahu pakai baju muslimah atau jubah. Pilih punya pilih, akhirnya Atikah lebih memilih untuk memakai jubah. Start  sahaja Atikah memakai jubah, personaliti terus berubah menjadi ayu. Ayu? Terkejut rasanya. Sedangkan Atikah ini sebenarnya ganas dan kasar. Tiba-tiba berubah menjadi ayu.     Dengan memakai jubah tersebut, tingkah laku Atikah berubah. Cara berjalan, cara percakapan dan sebagainya. Atikah menjadi pelik. Jarang sekali Atikah berubah menjadi ayu sedemikian rupa. Terkejut rasanya kenapa diri Atikah begitu. Haha. Mungkin dalam fikiran Atikah, apabila kita memakai jubah atau pakaian yang betul-betul menutup aurat, kita haruslah menjaga

Perangai di Sekolah Menengah

Assalamualaikum semua.... ^_^     Kamu semua mesti ada perangai dekat sekolah menengahkan? Atikah pun ada  juga... Tapi yang paling teruk ialah perangai kat sekolah rendah... Hehe... Itu Atikah tidak dapat cerita macam mana perangai Atikah dekat sekolah rendah... Biar menjadi kenangan pahit mahupun manis...     Berbalik kepada tajuk... Hehe... Atikah sebenarnya budak baik dekat sekolah menengah sebab tak pernah dapat kad merah daripada cikgu... Haha... Baiklah sangat... Senang ceritalahkan, Atikah ni jarang nak ponteng kelas. Mungkin ada tapi sekali dua macam itulah sebab tugasan tidak siap...     Atikah jarang nak siapkan tugasan yang kena bagi. Alasan paling senang ialah malas nak buat. Banyak sangat dan menyusahkan... Tapi Atikah ni pandai nak cover  sedikit. Cikgu periksa buku kadang-kadang depan sekali dan belakang sekali. So,  tengah-tengah itu yang Atikah tidak siapkan. Haha. Paling utama dalam diri Atikah, Atikah ni kuat tidur dalam kelas.     Nak dijadikan cer

Kesal

Ya Allah! Mungkin teknik penyampaian aku salah... Aku telah gagal menyelamatkan mereka... Mereka tidak ingin menerima apa yang aku sampaikan walaupun mereka seagama denganku... Aku mohon, selamatkanlah mereka di dunia dan di akhirat... Bukakanlah pintu hati mereka dan luruskanlah jalan mereka ke jalan-Mu ya Allah... Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini. Berikanlah aku ketenangan... Hanya kepada-Mu sahaja tempat ku memohon dan tempat ku meminta... Ampunilah dosa-dosaku yang telah aku lakukan selama ini... Hanya kepada-Mu sahaja tempat ku berharap...

Mengaktifkan Blog

Assalamualaikum ^_^     Sudah lama terbengkalai blog Atikah ini.. Haha... Sebelum Atikah masuk asrama, Atikah nak aktifkan balik blog ini... Berhabuk sudah dan tidak terlayan... Kesian rasanya... Haha... Dalam sehari, sekurang-kurangnya Atikah akan buat post baru. Asyik layan FACEBOOK saja... Rasa bosan pulakkan? Haha... Kalau sudah aktif blog ini, tidak lagi sunyi macam krik krik krik krik.. Haha     Tidak lama lagi Atikah nak masuk asrama. Sekejap saja rasanya cuti ini. Begitu pantas sampai tidak terasa perjalanannya. So, tidak dapatlah lagi layan blog. :'( Haha... Nanti cuti dapat layan juga... Wassalam

Sensitif Terhadap Lelaki

Assalamualaikum semua... ^_^      Hehe... Atikah just nak kongsikan perihal tentang Atikah. Atikah ini sebenarnya sensitif terhadap lelaki. Bukan bermakna Atikah ini seorang yang LESBIAN. NO!!!! Atikah bukan begitu dan Atikah masih normal untuk mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki.      Sifat ini sudah semula jadi dalam diri Atikah sejak kecil lagi. Tidak tahu kenapa. Memang Atikah tidak suka dekat dengan lelaki apatah lagi bertentangan mata. Atikah hanya mampu menundukkan muka apabila ada lelaki yang pandang Atikah.     Tetapi sensitif ini hanya untuk orang yang Atikah tidak kenali. Kalau kawan lelaki, Atikah tidak kisah untuk melihat mukanya apatah lagi matanya. Cuma Atikah ada sifat yang memang sukar untuk mendekati lelaki walaupun hanya sekadar kawan.      Walau apapun, Atikah tetap bersyukur. Mungkin benda ini datang dari Allah dan memang cukup baik untuk Atikah. Sekurang-kurang tidak akan ada berlakunya maksiat. Begitu juga dengan fitnah. Wassalam...