Posts

Showing posts from 2015

Masih Sempatkah Buat Aku?

Assalamualaikum semua ^_^ . Harap semua sihat. Atikah tengah demam teruk tapi masih sempat nak buat entry baru dekat blog. Hehe.     Sejak kebelakangan ini, semakin ramai orang meninggal. Tidak mengira usia. Bila sudah ajal, malaikat maut akan mengambil nyawa kita. Ya! Setiap hari, setiap detik, malaikat maut akan mengintai kita untuk mencabut nyawa kita bila sudah tiba saatnya. Atikah cuma terfikir: Sempatkah Atikah mengucap dua kalimah syahadah saat ajal menjemput?  Sempatkah Atikah menebus dosa-dosa yang lampau? Sempatkah Atikah untuk bahagiakan ibu ayah Atikah?     Kita tidak tahu bagaimana cara kita meninggal. Kita juga tidak akan tahu bila ajal kita tiba. Oleh itu, Atikah risau, masih sempatkah untuk Atikah lakukan semua itu? Oklah. Sampai di sini saja. Wassalam ^_^

Ambil Lesen Motosikal

Assalamualaikum semua ^_^     Sebenarnya, inilah sebabnya kenapa Atikah jarang nak update blog ni. Atikah tengah ambil lesen motor. Mesti dapatkan lesen P dengan cepat. Yalah, tahun depan Atikah tidak duduk dekat asrama sudah. Lepas tu, tiada yang nak hantar Atikah pergi KV. So , Atikah mesti dapatkan lesen motor. Atikah nak juga cerita sepanjang proses Atikah nak ambil lesen motor ni bagi yang sudi nak baca.     Sudah daftar apa semua dan kena call, Atikah pergi taklimat yang berjam-jam lamanya. Lepas tu nak booking untuk ujian berkomputer. Bila masa dah tiba, Atikah hadirkan diri untuk ujian berkomputer. Keputusan? Alhamdulillah lulus biarpun dapat 42/50. Sedikit saja lagi nak gagal. Nasib lulus. KPP01 Atikah dah selesai dan Atikah sudah dapat lesen L. KPP02 dan KPP03 Atikah sambung buat pada bulan 12 sebab bulan 11 Atikah ada  final exam  di KV.     Atikah ada juga bawa motor ke KV disebabkan malas nak balik asrama awal. Entah hari ke berapa Atikah bawa, Atikah parking mo

Bila Nikmat Ditarik Balik

Assalamualaikum semua ^_^     Kebelakangan ini Atikah jarang nak buat entry baru kat blog. Sebabnyaaa.... Nanti bila sudah selesai semuanya, baru Atikah beritahu apa sebabnya ^_^ . Jadi minta bersabarlah ya. Atikah taknak cerita panjang, kita kembali kepada tajuk asal blog.     Seperti yang semua sudah sedia maklum, semua orang dianugerahkan nikmat yang tidak terhingga daripada Allah. Sebagai contohnya, kesihatan tubuh badan, harta, pangkat, kecantikan keamanan dan sebagainya. Atikah juga begitu. Nikmat yang tiada nilainya. Tapi apakan daya, nikmat yang Atikah kecapi selama ini, sedikit demi sedikit ditarik balik. Kenapa?     Pertama, Allah menginginkan kita sedar, nikmat yang dianugerahkan itu hanya sementara waktu. Hanya pinjaman semata-mata. Sebabnya, dari mana ia datang, di situ juga ia kembali. Lebih kurang macam kita. Kita diberi peluang untuk hidup di dunia tetapi tidak akan kekal untuk selamanya. Kerana yang hidup pasti akan kembali. Begitu juga nikmat yang datang

Handphone Sudah Baik

Assalamualaikum semua ^_^     Alhamdulillah, semalam handphone Atikah sudah baik. Nasiblah juga masih boleh baik. Sebenarnya Atikah ada hantar repair minggu lepas   tapi tidak pandai siap-siap. Lama tunggu. Ibu cakap kalau handphone tu tak baik-baik juga, ambil saja balik. Atikah pergilah tempat repair tu, tapi orang tu cakap tidak dapat nak repair.  Oh! Patahnya hati ni.     Atikah ambil balik tu handphone.  Ayah dan ibu cakap, hantar repair tempat lain. Atikah yang dah patah hati ni macam tak mau hantar tempat lain lagi. Haha. Give up sudah. Tapi kena paksa juga. So, Atikah pun hantarlah juga. Jeng jeng jeng! Orang tu cakap, dia boleh repair. Apa lagi, hati yang sedih ni pun jadi berbunga-bunga. Haha. Sekarang  handphone sudah ada di tangan . Haha.     Kesimpulannya di sini (aik, ada kesimpulan juga?), janganlah mudah berputus asa (cewah). Haha. Usaha tu perlu ada. Hehe. Oklah, sampai sini saja. Wassalam ^_^

Bebelan Ibu

Assalamualaikum semua. Untuk   kali ini, tajuk berkaitan dengan diri Atikah. HAHA. Rasanya sebelum ni pun memang berkaitan dengan diri Atikah. Hehe. Semoga sudi membaca. ^_^     Bicara tentang bebelan seorang ibu, Atikah ada seorang ibu yang petah berbicara. Tapi, isi setiap yang dia bicarakan mempunyai segala unsur nasihat. Seorang yang sentiasa tabah, sabar dan memang setiap ibu akan suka membebel. Hehe     Atikah di sini bukan nak kata benci dengan bebelan ibu, tapi Atikah suka nak dengar. Kalau boleh, biarlah ibu membebel sepanjang hari. Pelik kan? Haha. Mungkin korang tak tahu, bebelan ibu itu mempunyai makna yang tersirat. Kenapa dia membebel? Sudah tentu dia ingin melihat anaknya itu menjadi anak yang dia inginkan, dengar kata, jadi baik dan sebagainya.     Anak? Sudah tentu kebanyakannya MENYAMPAH dengan BEBELAN seorang ibu. Tapi Atikah sentiasa menghindar dari sikap tersebut. Kenapa? Sebab suatu hari nanti, ibu kita tidak akan mampu membebel untuk kita. Tak mampu nak

Demam

Assalamualaikum semua ^_^     Nampaknya kali ni Atikah lambat post.  Tak sedar diri ni demam tadi pagi. Atikah ikut jalan ke bandar dengan ibu, adik dan grandpa Atikah. Dalam perjalanan ke bandar, Atikah pening. Urghhh! Rasa nak muntah bukan main. Lepas tu, grandpa Atikah bawa pergi Sea Sport.  Bila nak sampai sana, Atikah muntah dalam kereta. Nasiblah sempat minta plastik awal-awal. Taklah kotor kereta. Sampai saja sana, ibu belanja makan aiskrim. Nasiblah demam ni tak teruk sangat. Sehari boleh baik. Haha.     Demam ni mengingatkan Atikah ketika sakit tahun lepas. Time tu waktu kuliah. Dalam jadual Atikah masa tu adalah waktu bengkel sepanjang hari. Pagi waktu tu, Atikah rasa tak sedap badan. Kalau boleh nak baring saja. Tapi kan waktu tu Atikah tinggal di asrama. Nak tak nak, usaha bangun untuk bersedia pergi kuliah. Sampai saja bengkel masa tu, sakit tu makin kuat. Mengalir air mata tanpa henti. Ya Allah, sakitnya bukan main. Terpaksa minta tolong kawan. Kawan Atikah bawa

Handphone Rosak

Assalamualaikum kepada yang sudi mengunjung blog Atikah ^_^     Post kali ini mengenai telefon bimbit Atikah yang rosak. Wuuu :'( . Sodih den. Handphone Atikah mula rosak pada Jumaat lepas. Betul-betul sampai rumah lepas balik dari asrama. Tau pula dia nak rosak bila. Ish ish ish.     Bila dah rosak tu, tiada lagi nak WHATSAPP, INSTAGRAM, WECHAT dan seumpama dengannya. Huhu. Sedihlah juga. Kalau nak buka wechat pun, pinjam handphone  orang. Nak buka whatsapp?  Memang taklah jawabnya. Sudahlah dorang suka sangat bagi maklumat kat sana. Tak dapat nak upload gambar kat instagram lagi.      Ayah ada cakap, baik beli handphone baru saja berbanding hantar repair.  Huh! Kalaulah Atikah ni ada duit, memang akan belilah. Tapi duit tiada. Macam mana juga. Nasiblah juga Atikah ni ada handphone NOKIA. Dapatlah juga guna untuk keperluan. Hehe. Sampai di sini saja. Nanti Atikah post baru lagi. Wassalam.

Belajar atau Kahwin?

Assalamualaikum semua ^_^     WOW! Tajuk hari ni nampak lain. Haha. Ini berkaitan perbualan Atikah dengan ibu baru-baru ini. Bagi yang sudi baca, bacalah sekadar buang boring ( maybe?) . Perbualannya ni berlaku ketika masak bersama ibu di dapur. Begini perbualannya: "Tahun depan Atikah praktikal. Selama 5 bulan lebih. Lepas tu, sambung ijazah. 3 tahun tu kali sambung belajar."   "Belajarlah selagi mahu belajar."   "Selagi mahu belajar?"   "Yalah, mana tahu mahu kahwin sudah."   "Awal jua eh."   "Haha. Hati dan perasaan ni susah mahu dikawal. Tengok macam kakak, peluang sambung belajar ada. Tapi, dia tidak sambung. Kahwin."   "Err. Atikah takut kahwin sebenarnya."   "Kenapa pula nak takut?"   "Erm...... (Oh ibu, Atikah ni takut lelaki. Macam mana nak kahwin?)"     Sudah habis bacakan? Mungkin lucu bagi orang bila dengar Atikah ni sensitif terhadap lelaki. Tapi itulah haki

Jalan Pegang Tangan Ibu

Assalamualaikum semua ^_^     Atikah kini kembali. Mengikut tajuk di atas, mesti korang faham maksudnya kan? Atikah pernah post perbualan ni di FB. Perbualannya seperti ini : "Aq tgk kau kt bndar, jln pegang tgn mak kau. Kau x malu ke?"   "Dia ibu aq, buat apa aq nk malu?"   "Yelah, umur kau dah nak jejak 18 thn. Dah besar pnjang dah. Aq malu kott. Apa org pndang kt aq nnti. Nnti diorang kata aq nie anak manja, x pndai berdikari."   "Buat apa nak kesah apa org pndang kt kita. Lgipun ibu aq yg lahirkn aq. Aq syg ibu aq." "Tp aq tetap malu."   "Satu je aq nk gtau kau. Aq syg ibu aq. Aq pegang tgn dia kalau jln sma2. Sbb aq tau, suatu hari nnti aq x mampu nk buat itu smua. Aq x mampu nk pegang tgn ibu aq lgi. Kerana ajal x mengenal masa, usia atau siapa atas kehendakNya. Aq nk abiskn masa2 aq utk b'bakti utk ibu aq."   "................"     Dah habis baca kan? Itulah Atikah dala

Memori yang Dilupakan

Asslamualaikum semua, Atikah kini kembali.  ^_^     Berbicara mengenai tajuk blog Atikah kali ini, "Memori yang Dilupakan". Mengikut kefahaman Atikah, tajuk ini ada dua maksud yang tersirat. Pertama, memori itu adalah memori yang memang ingin dilupakan. Kedua, memori yang tidak sengaja dilupakan. Tetapi kedua-duanya boleh dingati apabila ada seseorang yang mengingati.     Kenapa Atikah buat tajuk ini? Tajuk ini membuatkan Atikah teringat memori-memori yang sudah lama Atikah lupakan antara sengaja atau pun tidak, YA! Tersangat banyak memori yang membuatkan hati ini tidak tenteram. Terlalu banyak memori yang membuatkan hati ini sedih.     Bicara tentang memori Atikah ( sorry memori Atikah tidak dapat dinyatakan di sini), Atikah teringat kejadian yang berlaku 2 tahun lepas. Memori itu telah menimbulkan 2 perasaan dalam 1 memori. Atikah ketika itu happy tapi pada masa yang sama, Atikah sedih. Memori inilah yang memaksa Atikah untuk melupakannya,    Memori yang tida

Azam Jadi Kenyataan!

Assalamualaikum semua ^_^     Sebelum ni, Atikah ada post mengenai azam Atikah kan? Yang belum baca, boleh tekan link ini . Azam tu jadi kenyataan pada sem 5 tahun ini. Alhamdulillah. Berkat usaha, doa orang tua dan didikan para pensyarah, Atikah mampu melakukannya. Sampai sini saja. Wassalam. ^_^

Akan di update

Assalamualaikum semua...     Maaf sebab makin lama Atikah makin menyepi. Huhu. Sekarang minggu exam. Bila ada masa lagi, Atikah akan update blog. Atikah betul-betul busy tahun ni. Maaf ya semua. Wassalam