Handphone Sudah Baik

Assalamualaikum semua ^_^

    Alhamdulillah, semalam handphone Atikah sudah baik. Nasiblah juga masih boleh baik. Sebenarnya Atikah ada hantar repair minggu lepas tapi tidak pandai siap-siap. Lama tunggu. Ibu cakap kalau handphone tu tak baik-baik juga, ambil saja balik. Atikah pergilah tempat repair tu, tapi orang tu cakap tidak dapat nak repair. Oh! Patahnya hati ni.

    Atikah ambil balik tu handphone. Ayah dan ibu cakap, hantar repair tempat lain. Atikah yang dah patah hati ni macam tak mau hantar tempat lain lagi. Haha. Give up sudah. Tapi kena paksa juga. So, Atikah pun hantarlah juga. Jeng jeng jeng! Orang tu cakap, dia boleh repair. Apa lagi, hati yang sedih ni pun jadi berbunga-bunga. Haha. Sekarang handphone sudah ada di tangan. Haha.

    Kesimpulannya di sini (aik, ada kesimpulan juga?), janganlah mudah berputus asa (cewah). Haha. Usaha tu perlu ada. Hehe. Oklah, sampai sini saja.

Wassalam ^_^


0 comments:

Post a Comment