Bila Nikmat Ditarik Balik

Assalamualaikum semua ^_^

    Kebelakangan ini Atikah jarang nak buat entry baru kat blog. Sebabnyaaa.... Nanti bila sudah selesai semuanya, baru Atikah beritahu apa sebabnya ^_^ . Jadi minta bersabarlah ya. Atikah taknak cerita panjang, kita kembali kepada tajuk asal blog.

    Seperti yang semua sudah sedia maklum, semua orang dianugerahkan nikmat yang tidak terhingga daripada Allah. Sebagai contohnya, kesihatan tubuh badan, harta, pangkat, kecantikan keamanan dan sebagainya. Atikah juga begitu. Nikmat yang tiada nilainya. Tapi apakan daya, nikmat yang Atikah kecapi selama ini, sedikit demi sedikit ditarik balik. Kenapa?

    Pertama, Allah menginginkan kita sedar, nikmat yang dianugerahkan itu hanya sementara waktu. Hanya pinjaman semata-mata. Sebabnya, dari mana ia datang, di situ juga ia kembali. Lebih kurang macam kita. Kita diberi peluang untuk hidup di dunia tetapi tidak akan kekal untuk selamanya. Kerana yang hidup pasti akan kembali. Begitu juga nikmat yang datang dari Allah.

    Kedua, Allah tarik balik nikmat itu kerana Dia mahu kita sentiasa mengingati Allah. Mengingati Tuhan kita yang satu. Sebab kebanyakan orang akan alpa dengan nikmat yang diberikan kemudian sedar untuk kembali kepada Allah bila nikmat itu ditarik balik. Itulah orang-orang yang rugi sekali.

    Oleh itu, jangan sia-siakan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita untuk perkara yang tidak berfaedah, Gunakannya untuk sentiasa beramal kepada Allah. Kita juga perlu bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan dengan hati yang terbuka. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.

    Wahhh... Panjangnya... Boleh buat karangan sudah ni. Hehe. Ini saja yang Atikah mampu sampaikan. Kalau ada yang salah, jangan segan untuk tegur Atikah. Kita sama-sama belajar. Sampai di sini saja.

Wassalam ^_^


0 comments:

Post a Comment