Bebelan Ibu

Assalamualaikum semua. Untuk kali ini, tajuk berkaitan dengan diri Atikah. HAHA. Rasanya sebelum ni pun memang berkaitan dengan diri Atikah. Hehe. Semoga sudi membaca. ^_^

    Bicara tentang bebelan seorang ibu, Atikah ada seorang ibu yang petah berbicara. Tapi, isi setiap yang dia bicarakan mempunyai segala unsur nasihat. Seorang yang sentiasa tabah, sabar dan memang setiap ibu akan suka membebel. Hehe

    Atikah di sini bukan nak kata benci dengan bebelan ibu, tapi Atikah suka nak dengar. Kalau boleh, biarlah ibu membebel sepanjang hari. Pelik kan? Haha. Mungkin korang tak tahu, bebelan ibu itu mempunyai makna yang tersirat. Kenapa dia membebel? Sudah tentu dia ingin melihat anaknya itu menjadi anak yang dia inginkan, dengar kata, jadi baik dan sebagainya.

    Anak? Sudah tentu kebanyakannya MENYAMPAH dengan BEBELAN seorang ibu. Tapi Atikah sentiasa menghindar dari sikap tersebut. Kenapa? Sebab suatu hari nanti, ibu kita tidak akan mampu membebel untuk kita. Tak mampu nak marah kita lagi dan tak mampu nak beri kita nasihat lagi. Sebab ketika itu, Allah lebih menyayanginya. Mesti kita akan rindu semua itu, Mesti serba salah sebab tak dengar nasihat ibu ketika itu. Penyesalan yang tiada gantinya.

    Oleh itu kawan-kawan, cuba hilangkan ego, jangan melawan ketika ibu tengah membebel. Dengar dengan diam dan perhatikan kata-kata yang disampaikan. Dengar kata ibu sebab tidak akan ada pengganti buat pemergiannya.

    Kalau pembaca blog ni buka blog ini melalui laptop atau seumpamanya, memang akan nampak lagu yang Atikah simpan di sebelah kanan dengan tajuknya "Lafaz yang Tersimpan". Buka melalui handphone memang tak nampak. Lagu itu berkaitan dengan lafaz seorang anak yang tidak kesampaian untuk ibunya. Jadi, luahkanlah rasa kasih sayang kamu terhadap ibu kamu sebelum terlambat. Jangan tunggu raya baru nak minta ampun dekat ibu. Tak sempat pula nanti. Mungkin cara penyampaian Atikah kurang, tapi ini saja yang Atikah mampu nak sampaikan. Oklah. Sampai di sini saja.

Wassalam

Demam

Assalamualaikum semua ^_^

    Nampaknya kali ni Atikah lambat post. Tak sedar diri ni demam tadi pagi. Atikah ikut jalan ke bandar dengan ibu, adik dan grandpa Atikah. Dalam perjalanan ke bandar, Atikah pening. Urghhh! Rasa nak muntah bukan main. Lepas tu, grandpa Atikah bawa pergi Sea Sport. Bila nak sampai sana, Atikah muntah dalam kereta. Nasiblah sempat minta plastik awal-awal. Taklah kotor kereta. Sampai saja sana, ibu belanja makan aiskrim. Nasiblah demam ni tak teruk sangat. Sehari boleh baik. Haha.

    Demam ni mengingatkan Atikah ketika sakit tahun lepas. Time tu waktu kuliah. Dalam jadual Atikah masa tu adalah waktu bengkel sepanjang hari. Pagi waktu tu, Atikah rasa tak sedap badan. Kalau boleh nak baring saja. Tapi kan waktu tu Atikah tinggal di asrama. Nak tak nak, usaha bangun untuk bersedia pergi kuliah. Sampai saja bengkel masa tu, sakit tu makin kuat. Mengalir air mata tanpa henti. Ya Allah, sakitnya bukan main. Terpaksa minta tolong kawan. Kawan Atikah bawa masuk bilik pensyarah.

    Pensyarah bengkel tanya kenapa. Tak ingatlah Atikah cakap apa. Dengan muka Atikah yang tak bermaya. Nasib kawan-kawan Atikah ni baik dan prihatin. Pensyarah Atikah minta tolong kawan Atikah uruskan surat untuk ke klinik. Apa lagi, 2 orang kawan Atikah round vokasional untuk cari pensyarah yang bertugas. Time macam tu lah susah nak cari pensyarah yang bertugas. Pensyarah bengkel tanya, kalau tak tahan sudah, dia nak bawa Atikah ke klinik guna kereta. Atikah yang tak nak.

    Seingat Atikah masa tu, Atikah tak tahan sudah. Terus lari keluar bengkel nak muntah. Lepas tu, Atikah naik bengkel balik. Sudahlah bengkel tu tingkat paling atas. Memang tak bermayalah jawabnya. Lepas tu, Atikah pergi jumpa pensyarah bengkel. Dia suruh tunggu di depan Pejabat Pentadbiran sebab akan ada pakcik van ni yang akan bawa ke klinik. So, Atikah dan kawan Atikah turunlah ke Pejabat Pentadbiran sambil menunggu 2 orang kawan Atikah yang pergi cari pensyarah bertugas untuk minta kebenaran ke klinik.

    Bila diingatkan balik, terkadang lucu pula. Haha. Yalah. Yang sakitnya sorang, yang temankan sampai 3 orang. Haha. Dah masuk van kolej tu, pakcik tu bawa kami pergi Klinik Kesihatan Membedai. Sampai saja sana, kawan Atikah ambilkan nombor. Ya Allah, punya ramai orang time tu. Nombor Atikah sudahlah giliran yang beratus. Lama nak tunggu. Memang jawabnya Atikah dah tak tahan. Memang tak tahan time tu nak tunggu. Rasa nak pitam. Apalagi, kawan Atikah call pakcik van suruh ambil kami balik. Haha. Memang pecut gila pakcik tu. Sekejap saja sampai. 

    Naik van dengan kawan Atikah. Kami minta hantar ke Hospital Labuan. Haha. Apalagi, pecut ni pakcik dari bandar nak ke hospital. Dalam perjalanan nak ke hospital, Atikah termuntahlah dalam van. Tak sengaja. Kotor van terus. Pakcik van tu pun terus berhenti tepi jalan. Atikah muntah lagi di luar. Habis baju koprat Atikah kotor dengan muntah. Lepas habis muntah, kami teruskan perjalanan ke hospital.

    Sampai di hospital, Atikah kena masukkan wad kecemasan. Doktor tanya macam-macam. Atikah jawablah. Lepas tu, Atikah kena injection. Atikah rehat di katil sana. Atikah terus tidur. Macam 1 jam lebih Atikah tidur sana. Kesian kawan Atikah yang menunggu di luar menguruskan segala borang. Lama tunggu Atikah keluar dari wad. Nasiblah juga ada kantin di sana. Dapatlah juga dorang nak makan. Apa tidaknya, dari pagi sampai tengahari temankan Atikah saja.

    Lepas Atikah bangun dan buat apa yang diminta oleh doktor, Atikah keluar dari wad tu. Sakit memang belum sembuh. Tapi sekurang-kurangnya berkuranganlah juga. Kawan ada tanya yang Atikah mahu makan atau tidak. Atikah tidak mahu. Selera makan Atikah hilang. Lepas habis semuanya, kami ke kolej ikut bapa kawan Atikah.

    Sampai saja di kolej, pakcik van suruh kami bersihkan van yang kotor. Haha. Gara-gara muntah Atikah lah tu. Nasib main-main saja dia suruh bersihkan. Atikah terus masuk asrama. Memang tak larat nak belajar. Kawan-kawan Atikah terus pergi bengkel. Sepanjang hari Atikah tidur. Kawan Atikah ada tapaukan Atikah makanan. Tapi Atikah tak makan. Selera hilang. Kesian kawan-kawan Atikah tu.

    Sakit ni taklah teruk sangat macam masa Atikah di tingkatan 2 dulu. Masa tu, Atikah hanya terlantar di katil. Tak mampu nak bangun. Memang tak mandilah jawabnya. Nasib ada keluarga Atikah yang jaga Atikah. Nak ke tandas masa tu pun, minta tolong ibu. Terharu rasanya.

    Di kolej, ada kawan-kawan yang membantu. Di rumah, ada keluarga yang prihatin. Jasa-jasa mereka memang Atikah tak dapat nak balas. Tulusnya hati mereka, sabarnya melayan karenah Atikah. Oklah. Sampai di sini saja.

Wassalam. ^_^

Handphone Rosak

Assalamualaikum kepada yang sudi mengunjung blog Atikah ^_^

    Post kali ini mengenai telefon bimbit Atikah yang rosak. Wuuu :'( . Sodih den. Handphone Atikah mula rosak pada Jumaat lepas. Betul-betul sampai rumah lepas balik dari asrama. Tau pula dia nak rosak bila. Ish ish ish.

    Bila dah rosak tu, tiada lagi nak WHATSAPP, INSTAGRAM, WECHAT dan seumpama dengannya. Huhu. Sedihlah juga. Kalau nak buka wechat pun, pinjam handphone orang. Nak buka whatsapp? Memang taklah jawabnya. Sudahlah dorang suka sangat bagi maklumat kat sana. Tak dapat nak upload gambar kat instagram lagi. 

    Ayah ada cakap, baik beli handphone baru saja berbanding hantar repair. Huh! Kalaulah Atikah ni ada duit, memang akan belilah. Tapi duit tiada. Macam mana juga. Nasiblah juga Atikah ni ada handphone NOKIA. Dapatlah juga guna untuk keperluan. Hehe. Sampai di sini saja. Nanti Atikah post baru lagi.

Wassalam.

Belajar atau Kahwin?

Assalamualaikum semua ^_^

    WOW! Tajuk hari ni nampak lain. Haha. Ini berkaitan perbualan Atikah dengan ibu baru-baru ini. Bagi yang sudi baca, bacalah sekadar buang boring (maybe?). Perbualannya ni berlaku ketika masak bersama ibu di dapur. Begini perbualannya:

"Tahun depan Atikah praktikal. Selama 5 bulan lebih. Lepas tu, sambung ijazah. 3 tahun tu kali sambung belajar." 
"Belajarlah selagi mahu belajar." 
"Selagi mahu belajar?" 
"Yalah, mana tahu mahu kahwin sudah." 
"Awal jua eh." 
"Haha. Hati dan perasaan ni susah mahu dikawal. Tengok macam kakak, peluang sambung belajar ada. Tapi, dia tidak sambung. Kahwin." 
"Err. Atikah takut kahwin sebenarnya." 
"Kenapa pula nak takut?" 
"Erm...... (Oh ibu, Atikah ni takut lelaki. Macam mana nak kahwin?)"

    Sudah habis bacakan? Mungkin lucu bagi orang bila dengar Atikah ni sensitif terhadap lelaki. Tapi itulah hakikat diri Atikah yang sebenar. Mungkin orang tidak nampak dengan nyata. Nampak macam perempuan normal. Tapi dalam diri Atikah, Atikah cuba mengawal daripada kelihatan.

    Berbalik kepada tajuk, 'Belajar atau Kahwin'? Jika diberi pilihan, Atikah akan pilih belajar berbanding kahwin. Memang belajar tu memenatkan, tapi kita perlu menimba ilmu. Jangan langsung tidak mahu belajar. Tapi jika Atikah diberi pilihan untuk kerja, mungkin juga Atikah pilih kerja. Tapi yang penting, kahwin adalah pilihan terakhir.

    Memang seronok tengok anak muda kahwin awal. Macam kakak Atikah, dia kahwin awal. Lepas habis belajar di universiti, dia kerja kemudian kahwin. Nasib ipar Atikah tu memang prihatin sangat dengan kakak Atikah tu. Jadi, terhindarlah segala fitnah, dapat jauhi zina sebab sudah kahwin. Tapi Atikah tak dapat macam tu. Masih terlalu awal buat Atikah. Atikah masih mahu belajar. Huhu. Oklah, sampai di sini saja.

Wassalam. ^_^

Jalan Pegang Tangan Ibu

Assalamualaikum semua ^_^

    Atikah kini kembali. Mengikut tajuk di atas, mesti korang faham maksudnya kan? Atikah pernah post perbualan ni di FB. Perbualannya seperti ini :

"Aq tgk kau kt bndar, jln pegang tgn mak kau. Kau x malu ke?" 
"Dia ibu aq, buat apa aq nk malu?"  
"Yelah, umur kau dah nak jejak 18 thn. Dah besar pnjang dah. Aq malu kott. Apa org pndang kt aq nnti. Nnti diorang kata aq nie anak manja, x pndai berdikari."  
"Buat apa nak kesah apa org pndang kt kita. Lgipun ibu aq yg lahirkn aq. Aq syg ibu aq."
"Tp aq tetap malu."  
"Satu je aq nk gtau kau. Aq syg ibu aq. Aq pegang tgn dia kalau jln sma2. Sbb aq tau, suatu hari nnti aq x mampu nk buat itu smua. Aq x mampu nk pegang tgn ibu aq lgi. Kerana ajal x mengenal masa, usia atau siapa atas kehendakNya. Aq nk abiskn masa2 aq utk b'bakti utk ibu aq."  
"................"

    Dah habis baca kan? Itulah Atikah dalam dunia realiti. Sudah umur 18 tahun pun masih pegang tangan ibu kalau jalan ke bandar. Bagi yang terserempak Atikah di bandar, memang akan nampaklah. Itulah hakikatnya. YES! Atikah memang anak manja. Tersangat manja dengan ibu Atikah. Atikah tak pernah malu pegang tangan ibu. Tak pernah walau sekali. Tangan itulah yang telah bersusah payah membesarkan Atikah. Tangan itulah yang mengajar Atikah segalanya. Kerana tangan itulah, Atikah hidup di dunia ini. 

    Memang orang akan pandang lain bila nampak Atikah jalan pegang tangan ibu sendiri. Atikah pernah nampak reaksi mereka. Tapi semenjak cermin mata dah patah(hihi), Atikah tak nampak dah muka mereka. Haha. Rabunlah katakan. Hehe. 
    
    Jadi, kepada pembaca blog Atikah sekalian, jangan sia-siakan ibu kamu. Jangan sia-siakan mereka walau sekali. Ingat pesan Atikah ni. Ibu itu, hanya seorang di dunia ni. Tidak akan ada pengganti setelah pemergiannya. Oklah. Sampai sini saja. 

Wassalam ^_^ 

Memori yang Dilupakan

Asslamualaikum semua, Atikah kini kembali.  ^_^

    Berbicara mengenai tajuk blog Atikah kali ini, "Memori yang Dilupakan". Mengikut kefahaman Atikah, tajuk ini ada dua maksud yang tersirat. Pertama, memori itu adalah memori yang memang ingin dilupakan. Kedua, memori yang tidak sengaja dilupakan. Tetapi kedua-duanya boleh dingati apabila ada seseorang yang mengingati.

    Kenapa Atikah buat tajuk ini? Tajuk ini membuatkan Atikah teringat memori-memori yang sudah lama Atikah lupakan antara sengaja atau pun tidak, YA! Tersangat banyak memori yang membuatkan hati ini tidak tenteram. Terlalu banyak memori yang membuatkan hati ini sedih.

    Bicara tentang memori Atikah (sorry memori Atikah tidak dapat dinyatakan di sini), Atikah teringat kejadian yang berlaku 2 tahun lepas. Memori itu telah menimbulkan 2 perasaan dalam 1 memori. Atikah ketika itu happy tapi pada masa yang sama, Atikah sedih. Memori inilah yang memaksa Atikah untuk melupakannya,

   Memori yang tidak sengaja dilupakan juga berlaku pada 2 tahun lepas. Kejadian yang menyebabkan 3 perasaan dalam 1 memori. Marah, malu dan lucu. Haha. Lucu bila diingatkan balik. Atikah pernah cerita dekat ibu Atikah pada 2 tahun lepas. Tak sangka pula ibu masih ingat sampai sekarang.

    Bila ibu ingatkan balik memori yang tidak sengaja dilupakan, Atikah teringat kembali tentang memori yang memang Atikah ingin lupakan. Sebab... kedua-dua memori tersebut mempunyai kaitan. Banyak memori yang berlaku ingin Atikah lupakan. Hati ini sudah terlalu penat. Terlalu penat untuk menerima. Atikah lebih memilih untuk menolaknya. Sampai di sini saja. Nanti Atikah update blog lagi.

Wassalam

Azam Jadi Kenyataan!

Assalamualaikum semua ^_^

    Sebelum ni, Atikah ada post mengenai azam Atikah kan? Yang belum baca, boleh tekan link ini. Azam tu jadi kenyataan pada sem 5 tahun ini. Alhamdulillah. Berkat usaha, doa orang tua dan didikan para pensyarah, Atikah mampu melakukannya. Sampai sini saja.

Wassalam. ^_^