Sensitif Terhadap Lelaki

Assalamualaikum semua... ^_^

     Hehe... Atikah just nak kongsikan perihal tentang Atikah. Atikah ini sebenarnya sensitif terhadap lelaki. Bukan bermakna Atikah ini seorang yang LESBIAN. NO!!!! Atikah bukan begitu dan Atikah masih normal untuk mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki.

     Sifat ini sudah semula jadi dalam diri Atikah sejak kecil lagi. Tidak tahu kenapa. Memang Atikah tidak suka dekat dengan lelaki apatah lagi bertentangan mata. Atikah hanya mampu menundukkan muka apabila ada lelaki yang pandang Atikah.

    Tetapi sensitif ini hanya untuk orang yang Atikah tidak kenali. Kalau kawan lelaki, Atikah tidak kisah untuk melihat mukanya apatah lagi matanya. Cuma Atikah ada sifat yang memang sukar untuk mendekati lelaki walaupun hanya sekadar kawan.

     Walau apapun, Atikah tetap bersyukur. Mungkin benda ini datang dari Allah dan memang cukup baik untuk Atikah. Sekurang-kurang tidak akan ada berlakunya maksiat. Begitu juga dengan fitnah.

Wassalam...


0 comments:

Post a Comment