Personaliti Berubah?

Assalamualaikum semua....

    Setiap orang mesti ada personaliti tersendirikan? Tak kiralah ayu, ganas, kasar, peramah, pendiam dan sebagainya... Nak dijadikan cerita, Atikah ini banyak sangat personaliti sampai-sampai Atikah sendiri tidak tahu apa personaliti Atikah yang sebenar...

    Hari ini hari Jumaat. Jadi, Atikah memilih antara mahu pakai baju muslimah atau jubah. Pilih punya pilih, akhirnya Atikah lebih memilih untuk memakai jubah. Start sahaja Atikah memakai jubah, personaliti terus berubah menjadi ayu. Ayu? Terkejut rasanya. Sedangkan Atikah ini sebenarnya ganas dan kasar. Tiba-tiba berubah menjadi ayu.

    Dengan memakai jubah tersebut, tingkah laku Atikah berubah. Cara berjalan, cara percakapan dan sebagainya. Atikah menjadi pelik. Jarang sekali Atikah berubah menjadi ayu sedemikian rupa. Terkejut rasanya kenapa diri Atikah begitu. Haha. Mungkin dalam fikiran Atikah, apabila kita memakai jubah atau pakaian yang betul-betul menutup aurat, kita haruslah menjaga etika seorang Muslim dan jangan mencemarkannya. Mungkin dengan memakai jubah tersebut, Atikah perlu ada rasa hormat ketika memakainya...

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ambil Lesen Motosikal

Bila Nikmat Ditarik Balik

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL