Perangai di Sekolah Menengah

Assalamualaikum semua.... ^_^

    Kamu semua mesti ada perangai dekat sekolah menengahkan? Atikah pun ada  juga... Tapi yang paling teruk ialah perangai kat sekolah rendah... Hehe... Itu Atikah tidak dapat cerita macam mana perangai Atikah dekat sekolah rendah... Biar menjadi kenangan pahit mahupun manis...

    Berbalik kepada tajuk... Hehe... Atikah sebenarnya budak baik dekat sekolah menengah sebab tak pernah dapat kad merah daripada cikgu... Haha... Baiklah sangat... Senang ceritalahkan, Atikah ni jarang nak ponteng kelas. Mungkin ada tapi sekali dua macam itulah sebab tugasan tidak siap...

    Atikah jarang nak siapkan tugasan yang kena bagi. Alasan paling senang ialah malas nak buat. Banyak sangat dan menyusahkan... Tapi Atikah ni pandai nak cover sedikit. Cikgu periksa buku kadang-kadang depan sekali dan belakang sekali. So, tengah-tengah itu yang Atikah tidak siapkan. Haha. Paling utama dalam diri Atikah, Atikah ni kuat tidur dalam kelas.

    Nak dijadikan cerita, Atikah ni sebenarnya pengawas sekolah. Awal-awal memang rajin gilalah nak jalankan tugas. Tapi, bila dah pertengahan tahun, start lah penyakit malas nak bertugas. Hehe. Atikah ni sebenarnya suka sangat nak langgar peraturan sekolah. Nasib guru-guru tak perasan. Pandai cover lah katakan. Kawan Atikah cakap, "pengawas tak bertauliah"... Haha

    Disebabkan perangai Atikah, result dalam exam Atikah semakin merosot. Sampai ke peperiksaan besar. Keputusan peperiksaan tidak memuaskan. Bila dapat tahu keputusan Atikah macam begitu dalam peperiksaan besar, Atikah menangis sepuas-puasnya. Kecewa dengan diri sendiri. Yalah, Atikah dikategorikan sebagai pelajar pandai. Tapi disebabkan sikap Atikah, Atikah kecundang jauh ke belakang. Di situ, Atikah tekad untuk membalas dendam dalam peperiksaan besar yang akan datang. Atikah akan buktikan yang Atikah boleh lakukan yang terbaik.

    Pengajarannya, jangan jadi macam Atikah... Perangai tu tidak baik. Alhamdulillah perangai lama tu sudah tiada dan nasib Atikah sudah pindah sekolah. Kalau tidak, masih dengan perangai lamalah jawabnya.

Wassalam




0 comments:

Post a Comment