Rindu

Assalamualaikum semua ^_^

    Entry Atikah untuk kali ini ialah "RINDU". Berbicara tentang rindu, mesti semua ada perasaan rindukan? Ya, Atikah pun mempunyai perasaan rindu yang teramat sangat. Entahlah, mungkin ini kali pertama Atikah merasa perasaan rindu yang keterlaluan.

    Rindu terhadap seseorang sudah menjadi lumrah setiap insan yang bergelar manusia. Rindu dalam diri Atikah disebabkan terasa kehilangan yang teramat sangat sehingga perasaan rindu itu muncul. Ya, Atikah tersangat merindukannya. Disebabkan perasaan rindu itu, Atikah setia menunggu kehadirannya.

    Setiap malam akan Atikah tunggu. Apabila hadirnya dia, betapa gembiranya Atikah yang tak terhingga. Sungguh sukar bagi Atikah untuk menggambarkannya. Itulah namanya kekuatan rindu itu. Sampai di sini sahaja, nanti kita sambung lagi untuk entry yang akan datang. ^_^

Wassalam.

Awkward

Assalamualaikum semua ^_^

    Kita bertemu kembali untuk entry Atikah yang terbaru. Awkward? Hehe. Topik untuk hari ini hanyalah sekadar luahan perasaan Atikah pada hari ini.

    Berbalik kepada topik, hari ini adalah hari yang cukup mulia iaitu hari Jumaat. Ya! Hari Jumaat! Atikah seperti biasa akan mengenakan jubah atau pun baju muslimah ketika keluar ke bandar. Tetapi hari ini cukup berlainan bagi Atikah. Kenapa?

    Inilah ceritanya, Atikah tiba-tiba terbuka hati untuk memakai tudung labuh. Atikah selama ini tidak pernah memakai tudung labuh melainkan memakai tudung bawal dan inilah kali pertama Atikah memakainya untuk berjalan ke bandar. Cukup pelik? Ya, memang tersangat aneh. First time memakainya memang terasa kekok sedikit.

    Pertama, orang akan berbisik-bisik. Pandangan orang tidak lari. Begitu juga dengan perasaan pelik. Ibu Atikah pada mulanya terkejut dengan permintaan Atikah untuk memakai tudung labuh. Hehe. Tak sangka pula anak ibu yang pakaiannya entah apa-apa teringin nak pakai tudung labuh. Akhirnya, ibu mengucapkan Syukur Alhamdulillah kepada Tuhan.

    Atikah berharap ini bukanlah hanya kali pertama dan terakhir untuk Atikah memakai tudung labuh. Atikah harap hati Atikah tetap tabah untuk meneruskannya. Biarlah berubah secara perlahan-lahan dengan keikhlasan hati Atikah sendiri. In shaa Allah Atikah mampu.

Wassalam

Sama

Assalamualaikum semua. ^_^

    Wah! Nampaknya sudah terlalu lama Atikah tidak buat entry baru kan? Ok, entry malam ini hanya sekadar luahan Atikah sahaja terhadap seseorang.

    Setelah dia tidak ada, kaulah penggantinya. Pada mulanya, aku melihat dirimu adalah seorang yang cukup ceria di mataku. Setelah ku ketahui latar belakang dirimu, baru aku tersedar bahawa latar belakangmu lebih kurang sama dengan dia. Walaupun ada sedikit perbezaan, tetapi tetap mengingatkan aku tentang dia. Ya, di depan orang kau cukup ceria. Tapi sebenarnya hatimu tidak sedemikian rupa. Begitu sama kau dengan dia di mataku.

    Dah habis luahannya. Terima kasih sebab sudi membaca. Biasanya Atikah akan buat status macam ini dekat FB. Hehe. Tapi untuk kali ini, Atikah tak lakukannya. Kalau ada kelapangan, ADD lah FACEBOOK Atikah ah.

Wassalam.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum semua...

    Hehe, sorry sebab dalam beberapa hari ini Atikah tak buat entry baru... Haha.. Bukan apa, Atikah tengah sibuk nak urus masuk kolej. Haha. Lupa nak cakap, Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali ke Sekolah.

    Sekarang Atikah sudah start masuk kolej. Sekarang Atikah sem 3. Tapi untuk bulan 1 ini, Atikah ada sem pendek. So, jawabnya santai-santai saja dulu untuk bulan Januari ini. Hehe

    Atikah sekarang tinggal dekat asrama. Jadi nak buat entry baru dekat blog ni terbantut. Hehe... Walau apa pun, Atikah tetap dengan matlamat Atikah nak dapat diploma demi membahagiakan keluarga Atikah. Itulah matlamat Atikah yang paling utama...

Keep Smile ^_^

Wassalam...

Azam Baru Tahun 2014

Assalamualaikum semua...

    Tahun baru dah nak tiba... Confirm semua sudah ada azam barukan? Haha... Atikah pun ada azam baru yang sebelum ini tidak pernah Atikah fikir. Nak tahu? Boleh saja dengan meneruskan membaca entry blog Atikah. Haha

    Azam baru Atikah tidaklah gempak macam orang lain pun. Macam biasa saja. Sebut pasal azam baru, azam baru ini mesti ditunaikan dengan penuh keyakinan dan kita mampu melakukannya.

    Azam baru Atikah untuk tahun 2014 ialah :-
  1. Atikah nak dalam exam dapat semua A (In shaa Allah).
  2. Atikah nak dapat pointer tertinggi dalam kursus Atikah.
  3. Atikah nak menentang orang yang cabar Atikah dari kursus Perbankan dan Kimpalan.
  4. Atikah nak jadi pelajar yang pintar (Oh Yeah!).
    Haha... Itu saja azam Atikah untuk tahun 2014 ini. Semoga Atikah dapat merealisasikannya. Amin...

Wassalam...

Bermain Dengan Kata-kata

Assalamualaikum semua...

    Topik kita untuk hari ini ialah bermain dengan kata-kata. Sebut pasal kata-kata, sudah semestinya ada dikalangan kamu yang suka berkata-kata. Tidak kisahlah ayat jiwang, sedih, gembira, hikmah dan sebagainya. Begitu juga Atikah, Atikah paling gemar dalam bermain dengan kata-kata.

    Terlalu banyak kata-kata yang Atikah buat. Tapi sayangnya Atikah tidak menyimpannya. Walaupun hanya sekadar kata-kata, tetap juga ada maksud tersendiri sehingga boleh menusuk ke dalam jiwa... Bagi orang yang memahaminya dengan jiwa dan perasaan, sudah tentu akan dapat menjiwai maksud kata-kata tersebut.

    Antara kata-kata Atikah yang masih lagi Atikah simpan :-

  1. Dunia nie bgiku umpama sebuah jln cerita yg sdh diatur... Dri awal p'mulaan sehinggalah ke titik penamatnya... Mngkn kita x pernah sngka dan x pernah duga... Bgi kita perkara t'sbut adalah mustahil... Tp itulah kenyataannya...
  2. Lelaki yang baik TIDAK akan menyentuh perempuan yang bukan muhrim sesuka hati.
  3. Penatnya seorg teman krn menjaga hati sahabatnya...
  4. Maafkn aq wahai sahabat lmaku... Sdh t'lalu lma aq membiarkn mu... Tp kli nie, aq xkn mengecewaknmu... Tggu larr ketibaanku nnty...
  5. Walau seteruk mna pun perangai mereka dan kita tau apa yg mereka lakukan slama nie adalah kurang baik, jgn larr sesekali kita membuka aib mereka...
  6. Hidup b'gantung dgn ubat bukanlah suatu kehidupan yg diinginkn oleh stiap pesakit... Jd, b'syukurlah kmu kerana diberi peluang utk sihat...
  7. P'gaduhan antara dua org insan TIDAK akan selesai jika TIDAK ada d kalangan mereka yg ingin mengalah ataupun minta maaf...
  8. Ya Allah, hidup dan matiku hanyalah untuk-Mu....
  9. Cintailah Tuhanmu, Allah... Jgn cinta hanya sekadar d mulut! Tapi cintailah melalui hatimu... Kerana cinta Allah lebih agung dr mna2 cinta duniawi... Ikutilah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya...
  10. Senyuman sinis sntiasa mengiringi diriku apabila melihat dirimu... Itu larr kau pemusnah jiwaku... Tiada gna sdh engkau menyesal skrg walaupun kau menangis dgn air mata darah sekalipun, ia tetap akn menjd sia2... Semuanya sdh pun t'lmbt... Bukan niatku utk menbenci dirimu tetapi perangaimu tlah pun mengubah persepsi diriku...
  11. Apabila jiwaku sakit, aq hnya mampu menangis dan b'doa agar aq tabah menghadapinya... T'kdg aq b'fikir, mampukh aq utk menerusknnya?
  12. Kehidupan aq umpama sbuah cerpen yg hanya direka dan mustahil utk b'laku d dunia nyata... Tp kini ku x sngka p'kara yg mustahil itu tetap jga akan b'laku...
  13. Apa yg kta jd skrg adalah apa yg kta pilih dlu... Apa yg kta jd akan dtg adalah apa yg kta pilih skrg... Cari larr jln yg akn membwa kebahagiaan n bkn kesengsaraan...
  14. Ingin skali aq mengatakn smua yg sdg b'main d fikiranku... Tetapi mulut ini t'lalu berat sehingga aq xmampu utk b'kata... Oleh sbb itu, aq mengambil jln utk pendamkn sja...
  15. Semakin lama aq hidup, semakin pendek umurku... Semakin jauh ku b'jln, semakin dekat aq mendekati mati...
  16. Org yg single bkn b'mkna tidak laku... Tetapi mereka menunggu org yg btul2 mnjadi pasangan hidup mereka...
  17. Sebuah hubungan itu tidak akan kekal jika tidak ada yang namanya KEJUJURAN...
  18. Jika kamu bersedih, terluka, kecewa dan banyak bebanan masalah, maka luahkanlah pada Allah, mengadulah pada Allah kerana Dia Maha Mendengar segala isi hatimu.. Ingatlah Allah ketika senang dan susah. DIA lah sebaik sebaik tempat untuk kita luahkan segalanya..
  19. Apabila kita enjoy dlm bwat sesuatu p'kara, confirm p'kara t'sbut akn siap dgn mudah dan cepat.... "Buat larr sesutu krja itu dgn hati yg ikhlas"
  20. Aq lebih suka mendgr dan mendiamkn diri b'banding b'bicara... Kerana aq takut apabila b'mulanya aq b'kata sesuatu akan menyinggungkn perasaan org lain...
  21. Kita hidup d dunia nie hnya larr sementara waktu... Selagi kita hidup, selagi tuh larr kita perlu b'bkti utk ibu dan ayah... Jika mereka tlah pun tiada, doakan larr kebahagiaan mereka d alam sna... Jgn lupa jga utk tunaikn sgala perintah Allah...
  22. Hidup ini umpama lilin dan api yg membakar sumbu itu umpama masa kita... Semakin lama masa kita hidup, semakin singkat kehidupan kita d dunia nie...
  23. Kupendamkn sgala yg aq rasakn... X pernah sekali aq ungkapkn...
  24. Dri mata, kita bleh tahu sgala2nya... Dri mata, kita bleh tahu kebenaran... Kerana mata tidak akan menipu kita...
  25. Wahai kaum hawa.... Aq bkn nk jaga tepi kain kmu... Tp aq mohon, jaga larr maruah kmu sebagai seorg prempuan... Jaga larr batas p'gaulan kmu dgn org yg b'lainan jenis dgn mu...
  26. Kta hidup d dunia nie umpama kta berada pd papan p'mainan... Kta sebagai pemain perlu pndai memainkn peranan utk memilih jln pulang antara kecundang dlm kehancuran atau dlm keadaan yg selamat... Begitu jga kta, mau hncur dlm usia yg muda ataupun sebaliknya...
  27. Baik buruk mnjd pilihan stiap insan yg b'gelar manusia...
  28. PENAT adalah satu alasan yg biasa dgunakn oleh insan yg b'gelar manusia bgi menggantikn p'kataan MALAS.
  29. Apabila kta pndai mnjaga p'tuturan kta, alangkah indahnya...
  30. Mngkn kau xpernah sdr, kta b'ada d dunia nie sbg seorang pemain... Kta seharusnya mnjd pemain yg hebat, bkn b'hnti d tgh jln tetapi sntiasa maju ke dpn sehingga smpai ke penamat... Itu larr nma nya pemain yg hebat...
  31. Jgn larr sesekali mengutuk org yg hodoh paras rupanya... Smua manusia sma jak... Teda yg bezanya... Yg beza hanya larr hati stiap manusia....
  32. Knp aq slalu lari drpd b'temu dgn dirimu? Itu sbb aq nk jaga jarak antara kita...

    Sebenarnya masih lagi banyak kata-kata Atikah itu... Tapi sudah tidak tahu hilang ke mana... Haha

Wassalam...

Personaliti Berubah?

Assalamualaikum semua....

    Setiap orang mesti ada personaliti tersendirikan? Tak kiralah ayu, ganas, kasar, peramah, pendiam dan sebagainya... Nak dijadikan cerita, Atikah ini banyak sangat personaliti sampai-sampai Atikah sendiri tidak tahu apa personaliti Atikah yang sebenar...

    Hari ini hari Jumaat. Jadi, Atikah memilih antara mahu pakai baju muslimah atau jubah. Pilih punya pilih, akhirnya Atikah lebih memilih untuk memakai jubah. Start sahaja Atikah memakai jubah, personaliti terus berubah menjadi ayu. Ayu? Terkejut rasanya. Sedangkan Atikah ini sebenarnya ganas dan kasar. Tiba-tiba berubah menjadi ayu.

    Dengan memakai jubah tersebut, tingkah laku Atikah berubah. Cara berjalan, cara percakapan dan sebagainya. Atikah menjadi pelik. Jarang sekali Atikah berubah menjadi ayu sedemikian rupa. Terkejut rasanya kenapa diri Atikah begitu. Haha. Mungkin dalam fikiran Atikah, apabila kita memakai jubah atau pakaian yang betul-betul menutup aurat, kita haruslah menjaga etika seorang Muslim dan jangan mencemarkannya. Mungkin dengan memakai jubah tersebut, Atikah perlu ada rasa hormat ketika memakainya...

Wassalam