Pengorbanan? Penat?

Assalamualaikum semua ^_^

    Alhamdulillah, Atikah masih berkesempatan untuk buat entry baru dekat blog ni. Atikah ada cerita yang nak dikongsikan sedikit. Harap sudi membaca.

    Pada bulan Februari ini, ibu Atikah tiada di Labuan sehingga awal bulan Mac. Ibu pergi KL untuk menjaga kakak Atikah yang baru bersalin. Alhamdulillah, kakak Atikah dapat anak lelaki. Jadi, tinggallah Atikah bersama adik dan ayah di Labuan.

    Di sinilah Atikah belajar tentang pengorbanan seorang ibu. Di mana, ibu perlu bersusah payah untuk anak-anak dan suami. Atikah belajar semua ni ketika ibu tiada bersama. Atikah kena masak, kemas rumah, jaga adik, bantu ayah dan macam-macam lagi. Kerja ni memang penat memandangkan Atikah masih seorang pelajar. Di samping buat hal-hal di rumah, Atikah juga perlu fokus belajar.

    Penat? Memang tersangat penat. Pagi kena hantar adik. Petang pula kena ambil adik dari sekolah. Ayah sibuk kerja. Jadi memang tidak dapat nak tolong. Bila fikir tentang masak, kekadang tidak tahu nak masak apa hari ni. Nak minta pendapat, tentu jawapannya "Apa-apa sajalah". Okay, memang sakit kepala. Malam pula? Sudah tentu sibuk nak buat assignment.

    Bila datang kolej, memang tabiat Atikah tidur masa kuliah (tolong jangan ikut cara Atikah). Atikah cuma penat ditambah lagi Atikah tengah demam. Atikah pernah luahkan perkara ni dekat seorang pensyarah Atikah. Dia cakap, Atikah ni umpama "IBU TUNGGAL" untuk keluarga.

    Bila difikirkan balik, inilah tanggungjawab Atikah sebagai seorang anak. Peluang untuk Atikah berbakti kepada keluarga Atikah. Kalau tiada Atikah, siapa nak bantu keluarga Atikah. Apalah sangat penat tu jika dibandingkan dengan pengorbanan ibu ayah Atikah selama ni. Oklah, sampai di sini saja.

Wassalam ^_^


Busy

Assalamualaikum semua ^_^

    Atikah kini kembali lagi. Semenjak kebelakangan ni Atikah busy dan Atikah tahu yang Atikah akan sentiasa sibuk. Jadi kuranglah nak post baru dekat blog ni.

    Nak dijadikan cerita, Atikah tetap juga nak post entry baru. Cuma kekadang tu tak tahu nak post pasal apa. Haha. Tapi bila sudah ada cerita, bukan main panjang ceritanya. Terus dapat buat jadi karangan. Haha. Oklah. Sampai sini saja. Kalau ada cerita apa-apa, ada juga tu Atikah post.

Wassalam.

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum semua ^_^

    Atikah nak ucapkan Selamat Tahun Baru dan kembali ke sekolah. Alhamdulillah Atikah semakin pulih dari demam. Tak sangka demam kali ini jangka masanya panjang. Huhu

    Azam? Tak terfikir langsung pula. Hehe. Tahun ni Atikah tidak duduk di asrama sudah. Kenapa? Sebabnya Atikah ada tempat tinggal sendiri. Jadi tidak layak untuk kemasukan asrama. 3 tahun sudah Atikah duduk di asrama tiba-tiba jadi pelajar harian. Macam kekok sedikit. Haha

    Atikah ke kolej nanti akan naik motor. Jadi tidak menyusahkan ibu dan ayah Atikah. Sebelum ke kolej, Atikah akan hantar adik Atikah ke sekolah dulu. Huhu. 

    Tahun ini adalah tahun terakhir pengajian Atikah di kolej. Jadi Atikah kena berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Oklah, nanti kita sambung lagi.

Wassalam. ^_^