Ambil Lesen Motosikal

Assalamualaikum semua ^_^

    Sebenarnya, inilah sebabnya kenapa Atikah jarang nak update blog ni. Atikah tengah ambil lesen motor. Mesti dapatkan lesen P dengan cepat. Yalah, tahun depan Atikah tidak duduk dekat asrama sudah. Lepas tu, tiada yang nak hantar Atikah pergi KV. So, Atikah mesti dapatkan lesen motor. Atikah nak juga cerita sepanjang proses Atikah nak ambil lesen motor ni bagi yang sudi nak baca.

    Sudah daftar apa semua dan kena call, Atikah pergi taklimat yang berjam-jam lamanya. Lepas tu nak booking untuk ujian berkomputer. Bila masa dah tiba, Atikah hadirkan diri untuk ujian berkomputer. Keputusan? Alhamdulillah lulus biarpun dapat 42/50. Sedikit saja lagi nak gagal. Nasib lulus. KPP01 Atikah dah selesai dan Atikah sudah dapat lesen L. KPP02 dan KPP03 Atikah sambung buat pada bulan 12 sebab bulan 11 Atikah ada final exam di KV.

    Atikah ada juga bawa motor ke KV disebabkan malas nak balik asrama awal. Entah hari ke berapa Atikah bawa, Atikah parking motor tu di tempatnya, motor tu jatuh dengan sendiri. Aduh! Malu bukan main. Nasib sedikit saja pelajar yang ada masa tu sebab Atikah datang awal. Dengan muka yang tidak ada perasaan, Atikah naikkan motor tu balik. Haha. Lepas tu Atikah blah macam tu saja. Haha.

    Pernah tak accident? Pernah beberapa kali. Disebabkan tu, Atikah ada sedikit trauma nak bawa motor. Tapi ayah paksa juga supaya Atikah boleh bawa motor sendiri. Alhamdulillah, Atikah dapat hapuskan trauma itu.

    Sudah tiba bulan 12, Atikah kena lengkapkan KPP02 dan KPP03. KPP02 melibatkan titi, halangan kon, brek mengejut, jalan tidak rata, selekoh tajam dan pusingan 8. Atikah banyak masalah bahagian titi dan jalan tidak rata. Masa latihan tu, nasib juga ada perempuan seorang. Dapatlah berkawan dengan dia sebab yang lain semua lelaki.

    KPP03 melibatkan jalan raya. Jalan raya ni memang tak banyak masalah buat Atikah. Masa latihan tu, Atikah seorang saja perempuan. Sedihlah juga. Atikah ni tak biasa dengan lelaki. Jadi, tiada kawan untuk Atikah bawa cerita.

    Sudah lengkap KPP02 dan KPP03, tibalah untuk ujian QTI. QTI ni adalah pra-ujian untuk melihat prestasi kita sebelum kita ambil ujian JPJ. Kalau nak lulus, mesti lulus bahagian 2 dan bahagian 3. Bahagian 2, kita perlu lakukan RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dan RSM (Rutin Sebelum Menunggang) lalu diteruskan dengan titi, halangan kon, brek mengejut, jalan tidak rata, selekoh tajam dan membuat pusingan 8. Bahagian 3 pula, kita kena mulakan dengan RSM baru test untuk di jalan raya,

    Atikah gagal ujian QTI bahagian 2. Sedihlah juga. Masa tu Atikah tengah demam. Jadi, masa naik titi, Atikah terkandas. Kecewa. Sudahlah masa tu Atikah seorang saja perempuan. Atikah kena buat ulangan ujian QTI, nasib baiklah juga lulus ulangan tu. Bahagian 3 pula, Atikah memang tiada masalah. Sudah selesai semuanya, tunggu waktu untuk ujian JPJ saja.

    Maka ujian JPJ pun telah tiba. Ya Allah! Demam belum baik lagi. Makin teruk demam ni. Masa QTI hari tu, Atikah memang risau berabis. Takut gagal. Tapi masa JPJ ni, kerisauan langsung tidak ada. Atikah pun pelik. Bila nombor Atikah disebutkan, Atikah buatlah bahagian 2. Atikah fikir Atikah gagal sebab semasa brek mengejut, motor Atikah hampir tumbang. Yalah, kebelakangan ini hujan turun.  Abang JPJ tu ada cakap "Janganlah nangis". Nasib abang JPJ tu baik. Haha. Atikah fikir gagal sudah, rupanya lulus. Alhamdulillah bahagian 3 pun Atikah lulus. Hehe. Happy bukan main.

    Sekarang Atikah pemegang lesen P motor. Alhamdulillah for everything. Ibu dan ayah selalu berikan kata-kata semangat buat Atikah bahawa Atikah mampu. Ayah suruh tawakal. Atikah ikut cakap ayah, Atikah serah semuanya pada Allah. Sentiasa berdoa minta dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Sampai di sini saja.

Wassalam.

Comments

  1. hahahaha . paling aku x tahan ketawa part motor mu jatuh sendiri tuu. sudahla masa ni aku d lebri. paksa tahan'2 ketawa >< HAHAHAHAHAHHAHAHAH

    ReplyDelete
  2. Haha. Boleh2 tu motor jatuh sendiri. Aish... Nasib baik dtg awal.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya klu gagal bahagian 2 tapi lulus bahagian 3 kne ulang yg gagal ke atau buat kedua ii nya sekali lagi

    ReplyDelete
  4. Nak tanya klu gagal bahagian 2 tapi lulus bahagian 3 kne ulang yg gagal ke atau buat kedua ii nya sekali lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bila Nikmat Ditarik Balik

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL