Posts

Showing posts from 2014

Nasihat Ayah Mengubah Aku Dari Cara Berpakaian

Assalamualaikum semua pengunjung blog Atikah. Lama sudah tidak update blog. Kebelakangan ini Atikah busy dengan assignments. Di sini Atikah nak kongsi cerita tentang cara Atikah berpakaian dulu dan sekarang. Harap ada yang sudi nak baca. Kisahnya bermula di sini:     Aku dulu seorang perempuan yang terlalu ikut fesyen terkini. Apa kawan aku pakai, aku akan pakai. Jika aku tidak ada pakaian tersebut, aku akan beli disebabkan cemburu melihat kawan-kawan memakai fesyen terkini. Beberapa tahun lamanya aku berpakaian ketat, sendat singkat dan sebagainya.     Aku seorang pelajar kelas aliran agama. Pertama kali aku memakai tudung labuh hanya untuk ke sekolah ketika tingkatan dua. Itu pun hanya untuk awal tahun dan beberapa hari saja. Aku tidak suka memakai tudung labuh. Ketika memakainya, aku akan naikkan tudung itu sehingga ke bahu. Setelah beberapa hari, aku tidak lagi memakai tudung labuh di sekolah. Aku memakai tudung yang singkat disebabkan aku tidak suka memakai tudung labu

Final Exam Sem 3

Assalamualaikum semua. ^_^     Sudah terlalu lama Atikah tidak update blog. Terlalu sibuk rasanya. Haha. Kalau mau dikenangkan sekarang, Atikah sekarang dalam keadaan rumit. Mau tau kenapa? Hehe. Asrama puteri (ASPURI) tiada air semenjak Ahad lepas. Susah juga kan hidup tanpa air ni. Kadang-kadang tu, Atikah terpaksa mandi di sekolah atau pun terpaksa mengambil air di bawah naik ke atas.     Bukan ini yang sebenarnya nak Atikah cerita. Hehe. Sorry. Berbalik kepada tajuk, hari ini bermulalah final exam untuk sem 3. Wow! Sem 3 rupanya Atikah ni sudah. Cepatnya masa berlalu. Tidak apa, 2 tahun lagi Atikah di sini. Masih belum terfikir nak sambung di mana.     Atikah exam amali dulu. Hari ni iaitu 14 Mei, besok 15 Mei dan hari Isnin iaitu 19 Mei. Exam teori pula bermula hari Khamis iaitu 22 Mei, Isnin iaitu 26 Mei dan Rabu iaitu 28 Mei. Wow! Exam kali ini unik sedikit sebab banyak masa cuti. Haha. Exam banyak selang beberapa hari. Apa-apa pun, semoga exam  kali ini keputusan A

Awkward

Assalamualaikum semua ^_^     Kita bertemu kembali untuk entry Atikah yang terbaru. Awkward ? Hehe. Topik untuk hari ini hanyalah sekadar luahan perasaan Atikah pada hari ini.     Berbalik kepada topik, hari ini adalah hari yang cukup mulia iaitu hari Jumaat. Ya! Hari Jumaat! Atikah seperti biasa akan mengenakan jubah atau pun baju muslimah ketika keluar ke bandar. Tetapi hari ini cukup berlainan bagi Atikah. Kenapa?     Inilah ceritanya, Atikah tiba-tiba terbuka hati untuk memakai tudung labuh. Atikah selama ini tidak pernah memakai tudung labuh melainkan memakai tudung bawal dan inilah kali pertama Atikah memakainya untuk berjalan ke bandar. Cukup pelik? Ya, memang tersangat aneh. First time memakainya memang terasa kekok sedikit.     Pertama, orang akan berbisik-bisik. Pandangan orang tidak lari. Begitu juga dengan perasaan pelik. Ibu Atikah pada mulanya terkejut dengan permintaan Atikah untuk memakai tudung labuh. Hehe. Tak sangka pula anak ibu yang pakaiannya ent

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum semua...     Hehe, sorry  sebab dalam beberapa hari ini Atikah tak buat entry baru... Haha.. Bukan apa, Atikah tengah sibuk nak urus masuk kolej. Haha. Lupa nak cakap, Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali ke Sekolah.     Sekarang Atikah sudah start masuk kolej. Sekarang Atikah sem 3. Tapi untuk bulan 1 ini, Atikah ada sem pendek. So , jawabnya santai-santai saja dulu untuk bulan Januari ini. Hehe     Atikah sekarang tinggal dekat asrama. Jadi nak buat entry baru dekat blog ni terbantut. Hehe... Walau apa pun, Atikah tetap dengan matlamat Atikah nak dapat diploma demi membahagiakan keluarga Atikah. Itulah matlamat Atikah yang paling utama... Keep Smile ^_^ Wassalam...